Saturday, February 2, 2013

jadual waktu 2/2013

Guru Kelas/Tingkatan

Assalamualaikum...

Ni post pertama tahun ni...x taulah kenapa macam tidak cukup masa nak menulis. Atau memang jenis bukan orang penulisan...Tapi sedang berusaha untuk menjadikan blog ni sesuai untuk dilawati oleh orang ramai.

Isu yang nak dibawa kali ini adalah mengenai...lantikan sebagai guru tingkatan. Dah lama jawatan ini tidak dipegang. Seingatnya ada dalam 2 tahun je itupun sekejap-sekejap bukan sampai hujung tahun. Sebab-sebabnya dilantik menjadi guru s/u disiplin, kemudian guru data...Sekarang semua jawatan tersebut dah dilepaskan kepada orang lain. Maka tugas dah kurang banyak.

Kini menjadilah saya guru tingkatan 1 Dato' Onn. Itupun diambil dari orang lain. Harap-harap pelajar-pelajar ini boleh memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Pertama sekali saya nak minta maaf kepada guru asal kelas ini...ada beberapa perubahan telah saya lakukan. pertamanya saya dah ubah barisan kepimpinannya.

Tidak lupa juga untuk ucapkan terima kasih kepada beliau kerana meluangkan masa menceriakan kelas dan menyempurnakan program Bantuan Awal Persekolahan RM100.00. Sekarang kelas tu dah semakin ceria.

Terima kasih juga kepada pelajar yang terlibat membantu semasa gotong royong.

Terima kasih semua