Wednesday, October 29, 2014

PEPERIKSAAN AMALI.

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Bermula tahun hadapan 2015 kaedah penilaian SPM bagi semua mata pelajaran Sains dan Sains Tulen akan mengikut format lama...

15 tahun dahulu KPM melalui LPM menukar format amali kepada kertas 3 yang tidak melibatkan perlakuan amali. Mulai tahun hadapan murid-murid tingkatan lima 2015 yang mengambil Peperiksaan SPM perlu membuat kerja amali dalam makmal. Selepas menjalankan amali murid-murid perlu menjawab soalan yang disediakan.

Susulan daripada itu mulai tahun 2014 bagi pelajar tingkatan empat perlu didedahkan dengan amalan amali yang berkesan.