Friday, January 17, 2014

KURSUS KATAK AWANA NANO...

Assalamualaikum....
Selamat berehat pada hari Sabtu.
Selamat juga kepada rakan2 SMKPS...selamat manghadiri kursus LADAP. Pengenalan kepada FROG VLE.

Selepas ini para pelajar akan perlu mengadap komputer pula untuk siapkan tugasan. Bagaimana dengan tugasan-tugasan yang perlu menulis tangan sebagai bukti tidak berlaku plagiat...

Apa2pun setiap pembaharuan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua.

Selamat maju jaya.

Wednesday, January 15, 2014

Latihan 1.

Anda dibekalkan dengan lipas, daun segar, air kapur, jam randik dan radas yang diperlukan. Rancang satu eksperimen makmal menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji kadar pembebasan karbon dioksida oleh lipas dan daun segar semasa respirasi. Perancangan eksperimen anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut.

1.       Tajuk
2.      Tujuan
3.      Pernyataan masalah
4.         Hipotesis
5.      Pemboleh ubah
6.      Senarai radas dan bahan…gunakan yang diberi dan tambah lain-lain bahan dan radas yang diperlukan.
7.      Prosedur eksperimen
8.      Persembahan data

9.      Kesimpulan

KURSUS PETA PEMIKIRAN

Assalamualaikum...
Salam satu malaysia...salam ceria kepada semua.
Alhamdulillah pada hari ini kami guru2 SMKPS berjaya melaksanakan kursus i-Think.
Mula tahun ini sekolah saujana selaku pemandu i-think daerah jerantut, perlu menggunakan pendekatan berasaskan peta pemikiran ini.

Penggunaannya perlu dilakukan dalam kelas dan melibatkan semua kelas...guru2 perlu rekodkan jenis peta yang digunakan dalam buru rancangan mengajar.

Kita semua berharap semoga penambah baikkan kaedah pedagogi seperti ini akan meningkatkan pencapaian murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran...

Selamat berkursus dan maju jaya.