Wednesday, November 25, 2015

PERSEDIAAN UNTUK TAHUN 2016

ASSALAMUALAIKUM...
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat serta tabah mengharung musim tengkujuh ini. Lagi 40 hari sesi persekolahan akan bermula semula.
Apakah persediaan semua pihak ke arah itu. Ibubapa sudah cukupkan bajet beli buku, baju, seluar, kasut, bag dan alatan lain anak-anak. Mungkin sudah ada yang selesai membeli dan dah selesai menempah pakaian di kedai-kedai jahit terutama bagi anak-anak perempun. Itu bahagian ibubapa penjaga. Anak-anak pula bagaimana? 
Adakah musim cuti ini hanya dipenuhi dengan melepak atau mengikuti kelas-kelas agama, menolong ibubapa melakukan kerja di rumah seperti mengemas rumah dan sebagainya. 
Guru-guru pula mungkin ada yang mengambil peluang awal sesi percutian ini untuk bercuti bersama keluarga. Pergilah bercuti sementara ada masa kerana kerja kita nanti bila bermula tiada erti rehat. Pastinya pada tiga minggu terakhir semua guru akan sibuk, sibuk mengurus anak-anak hendak memulakan persekolahan. Mana alatan yang belum cukup hendak dicukupkan. Sekolah juga perlu dijenguk untuk memastikan keselamatan pelajar sebelum mereka hadir kesekolah pada sesi akan datang.
Menghadiri mesyuarat, ada sesetengah sekolah mesyuarat awalnya berlaku selama seminggu. Minggu berikutnya kerja-kerja persediaan fizikal sekolah bagi menyambut pelajar baru dan pelajar yang mendaftar semula ke kelas yang lebih tinggi.
Bagaimana dengan Rancangan Pengajaran Tahunan sudah dirancang atau belum. Kalau ada yang berubah mata pelajaran diajar, sudahkah Huraian Sukatan dan Sukatan Pelajaran berkenaan dicari.
http://www.sistemguruonline.my
Mungkin laman sesawang ini boleh membantu.
Selamat maju jaya semua

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2015 (BIOLOGI)

Assalamualaikum semua,
Pertama sekali saya nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua pelajar tingkatan lima di seluruh negara.
Pada hari Isnin, 30/11/2015 murid-murid aliran Sains Tulen yang mengambil m/p Biologi akan menduduki peperiksaan bagi m/p tersebut.
Selamat berjaya kepada semua murid-murid yang berkenaan khasnya kepada murid-murid yang belajar dengan saya dalam kelas PdP rasmi sekolah dan juga kelas tambahan sekolah. 
Begitu juga dengan semua murid-murid di daerah Jerantut yang mengenali saya.
Selamat maju jaya.
In shaa Allah usaha kita akan diberkati dan mendapat redha Allah. Secara teorinya subjek ini merupakan kertas terakhir bagi murid-murid Sains Tulen, namun mungkin ada lagi yang belum selesai SPMnya kerana mangambil elektif tambahan seperti ICT dan Sains Sukan.