ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar semua? Harap semuanya sihat serta tabah mengharung musim tengkujuh ini. Lagi 40 hari sesi persekolahan akan bermula semula. Apakah persediaan semua pihak ke arah itu. Ibubapa sudah cukupkan bajet beli buku, baju, seluar, kasut, bag dan alatan lain anak-anak. Mungkin sudah ada yang selesai membeli dan dah selesai menempah pakaian di kedai-kedai jahit terutama bagi anak-anak perempun. Itu bahagian ibubapa penjaga. Anak-anak pula bagaimana? Adakah musim cuti ini hanya dipenuhi dengan melepak atau mengikuti kelas-kelas agama, menolong ibubapa melakukan kerja di rumah seperti mengemas rumah dan sebagainya. Guru-guru pula mungkin ada yang mengambil peluang awal sesi percutian ini untuk bercuti bersama keluarga. Pergilah bercuti sementara ada masa kerana kerja kita nanti bila bermula tiada erti rehat. Pastinya pada tiga minggu terakhir semua guru akan sibuk, sibuk mengurus anak-anak hendak memulakan persekolahan. Mana alatan yang belum cukup he...